SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SAYA..:)

Monday, December 13, 2010

KEHILANGAN BOLA


Semenjak saya ada bola saya selalu bermain bola, kadang-kadang saya bermain bola di padang bersama ayah saya.Ayah saya juga jurulatih saya.setiap pagi dan petang saya sering pergi ke padang untuk bermain bola.Ayah saya mengajar saya sehingga saya pandai bermain.Sebelum ini saya tidak minat bermain bola,tetapi setelah ibu saya membeli bola saya kini suka bermain bola setip hari kadang-kadang tengah hari masih panas pun saya ingin bermain.pada keesokan harinya saya bermain bola, waktu itu pada ketika  itu ayah saya belum pulang lagi.saya pun bermain saya tidak kisah kata-kata ibuku, saya terus bermain,tiba-taba saya telah tendang dengan kuat dan terkena pada kereta jiran saya. 'Alamak' kata saya.saya pun terus masuk ke dalam rumah kerana ketakutan.Tiba-tiba kakak saya datang dan tanya 'kenapa adik?'saya terus berdiam diri.pada malam saya tidak boleh tidur kerana memikirkan bola kesayanganku.Tibanya hari esok,saya menjenguk untuk melihat bola saya tetapi malangnya nasib saya bolaku telah disimpan oleh jiranku sehingga hari ini.saya kini sudah menyesal kerana tidak mendengar kata ibuku.

No comments:

Post a Comment