SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SAYA..:)

Saturday, October 30, 2010

Aku seekor ikan Emas

Aku seekor ikan emas. Namaku ialah Susie. Warnaku ialah emas.

Aku tinggal di sebuah mangkuk kaca. Makanan kegemaranku ialah makanan ikan. Minuman kegemaranku ialah air masak.

Nama tuanku ialah Hafiz. Setiap hari tuanku memberi makanan kepadaku dan bermain denganku.

Pada suatu hari, tuanku tidak menukar airku. Aku terus mati. Tuanku berasa sedih kerana tiada haiwan peliharaan.

Aku berasa sedih kerana meninggal dunia. Demikianlah riwayat aku seekor ikan emas.

-Ini ialah karangan pada peperiksaan akhir tahun. Kata guruku karanganku mengarut dan tak masuk akal tetapi ayahku cakap karangan ini hebat.         

No comments:

Post a Comment